Al-Insaan Sdn Bhd – Profil Syarikat

Al-Insaan Sdn Bhd (syarikat kongsi ‘Lo Hong Ka International’) sebuah syarikat baru dan dinamik yang ditubuhkan pada Ogos 2008 bertujuan untuk menghasilkan sebuah platform untuk pengusaha-pengusaha yang baru memulakan perniagaan mereka dengan kadar risiko dan modal yang rendah serta potensi pulangan yang lebih lumayan.
Di Insaan, kami percaya mampu mengecapinya melalui penggabungan dalam menyediakan produk yang sihat dan bertenaga beserta pelan ganjaran yang mudah,tepat dan berdaya tahan. Tambahan pula, kami menyediakan modal sepenuhnya untuk pelbagai peringkat pemasaran dan internet secara maksimum.

Syarikat ini juga dipandu oleh badan pengurusan yang berpengatahuan luas dalam pelbagai skop. Badan pengurusan disediakan untuk mengemudi syarikat ini ke arah pembangunan yang stabil.

Sesungguhnya kami memahami bahawa sesebuah syarikat untuk berkembang maju memerlukan rakan kongsi yang terlebih dahulu berjaya. Hanya setelah itu, kerjasama yang terjalin akan berpanjangan. Jaminan kami akan menyokong anda dalam perniagaan dan membantu sedaya upaya untuk membentuk kehidupan yang lebih baik untuk anda dan orang tersayang.
MISI
Untuk memajukan dan memasarkan produk agar mudah didapati oleh masyarakat, produk istimewa yang mempromosikan kesihatan yang baik dan keyakinan diri, sekali gus membaiki kehidupan harian.Untuk mengagihkan produk-produk melalui cara yang efektif serta berkongsi kejayaan, seperti penghantaran produk bersama rakan kongsi dalam bidang pemasaran.


VISI
Untuk membentuk pengedar dan pengguna yang bertenaga dan berazam tinggi.Untuk membimbing komuniti ini dengan matlamat untuk berjaya atas nilai kekeluargaan, kesihatan yang baik dan keazaman yang tinggi.Untuk berkongsi kejayaan selepas melalui rintangan bersama.


Pengenalan INSAAN
Insaan (sebutan IN-SAN)
Tidak banyak syarikat MLM baru yang boleh mendakwa bahawa mereka lebih hebat daripada Insaan. Berdiri secara gagah di bawah naungan Lo Hong Ka International, ia diuruskan dengan visi yang sama dan berfalsafah yang membimbing kumpulan kami ke peringkat antarabangsa.

Menyedari kerjasama yang padu terhadap kualiti dan nilai, Lo Hong Ka akan menyemai rencana yang sama untuk kejayaan falsafah perniagaan Insaan.

Pengasas kumpulan ini (Insaan) dan juga merupakan pengasas kepada Lo Hong Ka International dan CARs international, En.& Pn.Lee Seng Siew memutuskan untuk mempraktikkan cara kepimpinan yang terbaik dan memberi kepercayaan ke arah kekuatan dan kestabilan syarikat.


Pasukan Pengurusan

LEE YEW WENG – PENGARAH PENGURUSAN
En.Lee Yew Weng telah berkhidmat dalam bidang ini selama lebih 20 tahun. Beliau masih berkhidmat dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Lo Hong Ka dan CARs International. Beliau percaya kesukaran syarikat dalam mencapai pencapaian yang cemerlang mampu ditangani dengan adanya pucuk pimpinan yang sempurna. Beliau peka terhadap kebelangsungan visi dan kemahiran pengurusan yang baik di Insaan. Dan beliau meletakkan keutamaan pada keadilan, integriti dan pembangunan jangka masa panjang.


“Saya telah berkecimpung dalam organisasi ini selama lebih 20 tahun. Saya menjadi saksi perkembangan syarikat ini yang pesat dan pekerja melalui keberkesanan kepimpinan petubuhan kami. Kami harap dapat memupuk kerjasama dalam mewujudkan keadilan dan persekitaran yang sesuai untuk kejayaan pengedar kami di Insaan”

LEE KONG YEW – PENGARAH EKSEKUTIF
Mr.Lee Kong Yew telah berkhidmat dalam syarikat selama lebih 10 tahun. Kemahiran operasi beliau yang mantap menempatkannya di tempat yang baik di Insaan, di mana beliau merancang untuk melaksanakan kemahiran pengurusan yang baik bagi menyokong kejayaan syarikat MLM.


“Saya di sini untuk mewujudkan satu sistem yang adil dan tidak berat sebelah yang akan memberikan ganjaran kepada pengusaha sebenar.Saya juga berjanji untuk memberikan motivasi dan arah tuju kepada para pengusaha yang mengimpikan kehidupan yang lebih baik.Kami percaya Insaan merupakan panduan untuk anda melangkah lebih jauh ke arah kejayaan peribadi, kesihatan, kekayaan dan kebebasan.