Syarikat

Pengenalan INSAAN (Berasal dari perkataan cina sebutan IN-SERN)

Pengasas kumpulan insaan (Al Insaan Sdn Bhd) juga merupakan pengasas kepada Syarikat Lo Hong Ka International dan Cars International, En & Pn.Lee Seng Siew,beliau telah memutuskan untuk memberi sepenuh kepercayaan kearah kekuatan dan kestabilan syarikat Al Insaan Sdn Bhd.

Syarikat Insaan ( Syarikat Kongsi Lo Hong Ka ) ditubuhkan bertujuan untuk menghasilkan sebuah platform untuk pengusaha-pengusaha yang ingin memulakan perniagaan mereka dengan kadar risiko dan modal yang rendah disamping potensi pulangan yang lebih lumayan secara lebih selamat.

Di Insaan,syarikat telah menyediakan pelbagai produk kesihatan yang berkualiti serta pelan ganjaran yang mudah.Selain itu,syarikat juga menyediakan modal sepenuhnya untuk pelbagai peringkat pemasaran khususnya bidang internet secara maksimum bagi memudahkan urusan perniagaan diantara pengedar dan pelanggan.

Syarikat juga telah melaburkan sebanyak RM7juta untuk membeli bangunan sendiri bagi kemudahan pengedar agar perniagaan insaan terus berkembang.
[Sila klik untuk lihat galeri pejabat]

Pengenalan Lo Hong Ka
Ditubuhkan pada 1998 (11 Tahun)

Malaysia -26 Outlets Singapore -9 Outlets
Taiwan -46 Outlets Macau -3 Outlets
Hong Kong -31 Outlets

Pengiktirafan Lo Hong Ka International

  • The Recommended Brand Name In The 2000 Golden Horse Award Ceremony
  • The best selling instant bird's nest concentrate in Hong Kong for the year 2000
  • The third Global Solid Award for Global Superior Product
  • 2001 Hong Kong Top 10 Most Potential Brand Name Award
  • 2002 Enterprise 50 Award in Malaysia
  • The Third Global Golden Rim Award 2002 for Superior Award Category
  • 2002 Hong Kong Top 10 Brand Names Award
  • ISO 9001:2000
  • 2004 Hong Kong Superbrands Award




Pasukan Pengurusan
LEE YEW WENG – PENGARAH PENGURUSAN
En.Lee Yew Weng telah berkhidmat dalam bidang ini selama lebih 20 tahun. Beliau masih berkhidmat dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Lo Hong Ka dan CARs International. Beliau percaya kesukaran syarikat dalam mencapai pencapaian yang cemerlang mampu ditangani dengan adanya pucuk pimpinan yang sempurna. Beliau peka terhadap kebelangsungan visi dan kemahiran pengurusan yang baik di Insaan. Dan beliau meletakkan keutamaan pada keadilan, integriti dan pembangunan jangka masa panjang.

“Saya telah berkecimpung dalam organisasi ini selama lebih 20 tahun. Saya menjadi saksi perkembangan syarikat ini yang pesat dan pekerja melalui keberkesanan kepimpinan petubuhan kami. Kami harap dapat memupuk kerjasama dalam mewujudkan keadilan dan persekitaran yang sesuai untuk kejayaan pengedar kami di Insaan”

LEE KONG YEW – PENGARAH EKSEKUTIF
Mr.Lee Kong Yew telah berkhidmat dalam syarikat selama lebih 10 tahun. Kemahiran operasi beliau yang mantap menempatkannya di tempat yang baik di Insaan, di mana beliau merancang untuk melaksanakan kemahiran pengurusan yang baik bagi menyokong kejayaan syarikat MLM.

“Saya di sini untuk mewujudkan satu sistem yang adil dan tidak berat sebelah yang akan memberikan ganjaran kepada pengusaha sebenar.Saya juga berjanji untuk memberikan motivasi dan arah tuju kepada para pengusaha yang mengimpikan kehidupan yang lebih baik.Kami percaya Insaan merupakan panduan untuk anda melangkah lebih jauh ke arah kejayaan peribadi, kesihatan, kekayaan dan kebebasan.